Tanda-tanda Terkena Saka

Ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan  daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara ke bawah) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dan sebagainya).

Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap.  Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus.  Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama.  Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun.  Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang.  Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya.  Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman a.s, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman a.s telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman a.s telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s.  Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.

Untuk saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain.

Untuk saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.

Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini.  Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab.  Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka.  Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu.  Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.

Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal.  Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka.  Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri.  Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-

  1. Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
  2. Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
  3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
  4. Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
  5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
  6. Sesak nafas atau mengah
  7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
  8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Diantaranya lagi :

1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.

2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.

3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.

5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.

6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.

7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.

8) Nyanyuk ketika usia tua.

9) Panas baran.

10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.

11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.

13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita  ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.

Wallahu a’lam

Komen-komen
  1. siti berkata:

    Assalamu’alaikum.. saya baru2 ni kerap sakit kepala tak menentu dan sebelah tangan saya kadang2 tiba2 ja jadi rasa sengal2, saya jugak pernah bermimpi berjalan di tanah perkuburan dan yg sy tak tahan saya cepat sgt nak naik marah dan saya tak pernah benci pada org tp sekarang sy dah mula benci seseorg ni yang mana sy jak mengetahu dia ada saka jugak tp tak buang lagii.. Saya ada shbt yang memberitahu saya berkemungkinn besar saya mempunyai saka. Boleh berikan pendapat @ jalan penyelesaiannya

    • wahyu2u berkata:

      salam..baik utk masalah saudari ini disyorkan buat rawatan dgn cara islamic saja… dgn apa yg sy fahami ini mmg ada gangguan yg akn mggngu saudari jk x ditanggani lebih awal mungkin akan menjadi lebih berat.. cuba amalkan bacaan doa selepas solat subuh “laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa huwa ‘ala kulli syaai’inqadir” sebanyak 100x..amalkan setiap hr selama 1 bln berterusan insya-Allah dia akan kepanasan dan saudari mesti kuatkan diri dan melawan..leh berikan lokasi saudari?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s