Hakikat Mimpi Menurut Islam

 

Hayat an-Naqsyabandi

PENGENALAN

Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.” Riwayat Muslim.

Apa itu mimpi?

Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah  jenis mimpi?

Mimpi mempunyai  3 jenis:

1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada  perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.

2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.

3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Apa dalilnya?

Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:

1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.

2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan.

3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.” Riwayat Syaikhani

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk datang dari syaitan.

Bilakah waktu  yang paling benar mimpinya?

Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.

Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare? Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.

Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam  menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar?

1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.

2. Orang soleh: Selalunya benar.

3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.

Mimpi alim lebih benar dari si jahil.

Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.

Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka. Keadaan dan sifat mereka!!!

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar?

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.

2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk mentafsirnya.

3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk?

1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan mimpi itu.

2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.

3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk  menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana menggambarkan kesungguhan….

4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahu a’lam!!

5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.

7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?

Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan Nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya?

Haram dan berdosa.

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar?

1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak.

2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk.

3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.

4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur.

a. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup di tangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan kepala, muka dan seluruh  tubuh. Sapu tiga kali.

Bagaimana seseorang bermimpi jumpa nabi saw? 

Sesiapa yang bermimpi berjumpa Nabi Muhammad saw sebenarnya mereka memang  berjumpa Nabi! Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi saw. Mimpi berjumpa Nabi saw dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud anda adalah calon penghuni syurga!!!

Namun, jika gambaran Nabi saw tidak jelas bermaksud anda masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya anda terus bertaubat dan beramal soleh. Apapun, anda masih dikira bertuah dan calon orang yang soleh!!!

Dalil?

Hadis riwayat Bukhari: Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Dari manakah sumber dalil tafsir mimpi?

Dari al Quran:

Contoh:

1. Tali: Bermakna janji.

Dari firman Allah Taala: “Berpeganglah kamu semua dengan ‘tali’ Allah…” (ayat 103, surah Ali Imran)

2. Penyakit: Bermakna sifat munafiq.

Dari firman Allah: “di dalam hati mereka ada penyakit.” (ayat 10, surah al Baqarah)

3. Kapal: Bermakna kejayaan.

Dari firman Allah:  “Maka dengan itu kami selamatkannya dan pengikut-pengikutnya didalam bahtera (kapal)…(ayat 15,surah al Ankabut)

Dari hadis Nabi saw:

1. Gagak: Bermakna lelaki yang fasiq

Sebab: Ini kerana nabi saw menyamakannya dengan orang fasiq.

2. Tikus: Bermakana perempuan yang fasiq

Sebab: Ini kerana nabi saw menamakannya begitu.

3. Baju: Bermakna orang yang berhutang

Sebab: Nabi pernah menafsirkannya begitu.

Dari perumpamaan, kiasan dan makna:

1. Mengorek lubang: Bermakna konspirasi

Sebab: Ini berpadanan dengan sabda nabi saw bahawa sesiapa yang mengorek lubang pasti jatuh ke dalamnya.

2. Tangan panjang: Banyak berbuat kebaikan

Sebab: Nabi saw menyifatkan seseorang yang banyak berbuat kebaikan dengannya. Nabi saw, “Si fulan lebih panjang tangannya daripada si fulan.”

3. Tukang emas: Bermakna banyak berbohong

Sebab: Nabi saw menyatakan golongan ini paling banyak berbohong.

4. Api : Fitnah

Sebab: Api menjilat dan memakan apa-apa yang disentuhnya.Begitulah perumpamaannya seperti fitnah.

5. Bintang: Bermakna ulamak

Sebab: Kedua-duanya memberi petunjuk kepada manusia.…. dan sebagainya sebagai satu contoh.

Untuk maklumat lanjut dapatkan ebook Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al-Quran. Berlainan dari mana-mana buku tafsir mimpi yang anda temui di pasaran. Ini kerana ebook ini menjadikan al Quran, as sunnah dan kiasan serta perumpamaan yang muktabar sebagai sumber penafsirannya…http://kamustafsirmimpi.com

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s