Harga Perkhidmatan

 Rawatan Islam 

1. Upah rawatan bagi Rawatan Islam adalah RM50 seorang bagi satu sesi perkhidmatan.

2. Upah rawatan bagi Rawatan Islam ke lokasi punyai kadar yang berbeza mengikut tempat dan negeri.

3. Kadar upah ialah bagi seorang pesakit sahaja.

4. Kadar upah adalah termasuk Makan Minum, Kenderaan, Petrol, Upah pembantu, masa rawatan, penginapan dan risiko serangan gangguan.

5.  Jika lokasi itu luar daripada kawasan akan ditentukan dengan hanya perlu menghubungi Ustaz Firdaus (013-5191511) 

Hukum Upah Rawatan 

(Perawat Islam vs Doktor vs Bomoh)

Ramai pesakit yang mengeluh bila berubat dengan Perawat Islam. Majoriti mengatakan KENA IKHLAS…Tak perlu bayar LEBIH…Mari lihat perbandingan antara Perawat Islam, Doktor dan Bomoh…

1. Nak bayar pada Perawat Islam kena Ikhlas, bayar tak kisahSikit pun tak apa..    TAPI BERUBAT dekat 1 JAM untuk 1 SESI! Ada yang lebih dari 1 JAM…!     Takper la…Perawat Islam kena berkorban…Pesakit TAK PERLU… masalah….

2. Bayar pada doktor Klinik baru RM30 ringgit.. Siap dapat ubat lagi..     Tapi sesi berubat hanya tanya beberapa soalan saja… ” Sakit apa?”    Masa berubat (masa interview sebenarnya) biasanya 10 minit.     Kadang-kadang lebih…

3. Nak berubat dengan Bomoh kena bayar Pengeras.. Beratus beribu pun tak apa..     Dah banyak rekod berubat dengan bomoh boleh baik.. Orang lain bayar…so kena bayar juga la…. Halal Haram lain cerita.. Asal baik sudah… Duit boleh cari……

Antara Perawat Islam, Doktor atau Bomoh..siapa yang bukan MANUSIA? Tentu semua MANUSIA kan……?   Kalau dah nama MANUSIA, mestilah MAKAN, MINUM, ada TEMPAT TINGGAL, guna TENAGA masa merawat dan KENA LUANGKAN MASA kan? Jadi, dalam perbandingan di atas siapa yang lebih teraniaya….

Perawat Islam:

*Berubat dalam 1 jam / lebih

*Guna fizikal, suara, nafas dan fikiran masa merawat.

*Guna kaedah Islamik (ada pahala dan berkat).

*Risiko

serangan jin, ahli sihir.

– Serangan pada keluarga dan penyakit akibat merawat.

– Ilmu yang dituntut makan masa dan wang sebelum matang.

Doktor:

Guna ilmu yang ada untuk merawat hasil belajar kat Universiti.

Banyak juga wang. Tapi doktor klinik caj biasanya RM30 dalam 10 minit. Kalau 1 jam kan dan RM180…! Mana lagi mahal? Doktor Swasta Hospital lagi la… Memang demand habis…

Tak perlu IKHLAS ke kalau setakat check dan tulis?

Bomoh:

Berubat lebih kurang masa dengan Perawat Islam. Tapi was-was pengamalannya. Yang kes Bomoh Islamik lain cerita la… Tapi kenapa kena ada caj juga? Tak perlu ikhlas ke?

So…siapa kata tak boleh kenakan upah masa merawat.. Di atas ini hujah peribadi, kita lihat di bawah bawah pula…Kita baca hujah Hadis dan pendapat Ulamak pulak…

Hadis 1

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Hadis 2

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan  kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit

(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Riwayat

Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:”Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.

Kesimpulan Hadis & Riwayat

1. Hukum upah rawatan adalah HARUS.

2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.

Perihal Upah Rawatan

Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500).   Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).
Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut.   Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).    

Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran

1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:

Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA

2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:

Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS

3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:

Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH.

Tujuan Upah Masa Kini

1. Upah dikenakan kerana penggunaan MASA, TENAGA dan KEPERLUAN AM untuk merawat dan sebagainya.

2. Risiko perawat diserang balas oleh BOMOH, JIN dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat TINGGI. Siapa pula yang HARUS membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang SAKIT?

3. Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

Pesanan Pada Pesakit Dan Perawat

Jangan kerana IKHLAS, PESAKIT melabelkan perawat berubat kerana DUIT, BUKAN KERANA ALLAH. Perlu diingat, amalan untuk mengubati penyakit HARUS IKHLAS pada syariat dan pengamalan.Jadi, atas diri perawat sendiri sudah ditanam TAQARRUB PADA ALLAH. Kenapa tidak dipersoalkan pada PERKHIDMATAN DOKTOR? Jika diberi ubat, betul lah dengan kos pengeluaran. Tapi bagaimana pula dengan PERKHIDMATAN? Atas nilai apa? Ya…kerana ilmu untuk menjadi doktor diguna..Jadi itulah caj harga yang perlu dibayar… Untuk jadi perawat Islam, perlukan seseorang itu menuntut dan berilmu? Sama juga kan?

Jika diterbalikkan persoalan IKHLAS pada pesakit pula, BOLEHKAH IKHLAS DENGAN MEMBAYAR LEBIH PADA HARGA UPAH YANG DITETAPKAN OLEH PERAWAT? Boleh?

Mudah-mudahan kita dapat memahami dalam konsep Islam dan dalam agama itu sendiri serta jangan terus berfikiran negatif hanya menggunakan akal semata-mata tanpa ilmu. Wallahu’alam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s