Penggunaan Tangkal, Azimat dan Jampi Serapah

HUKUM MENGGUNAKAN TANGKAL, AZIMAT DAN JAMPI SERAPAH

Amalan tangkal, azimat dan jampi serapah bukan sahaja terdapat dalam masyarakat melayu, malahan terdapat juga dalam masyarakat Arab. Amalan dalam masyarakat kita ialah percaya dengan menggantungkan sesuatu seperti gambar atau azimat boleh menyebabkan bertambah rezeki. Kepercayaan ini merosakkan aqidah.

Menggantung gambar dan rajah telah menjadi amalan yang diadaptasi dari agama Hindu. Dalam agama Kristian pula, menggantung salib atau gambar Nabi Isa A.S. dalam ilusi mereka yang sesat.

Azimat atau tangkal digunakan untuk menyempurnakan apa yang dikehendaki.  Pada zaman jahiliyah, orang Arab menggunakan tangkal untuk tujuan menghindari daripada sihir atau niat jahat orang lain.

Antara bentuk tangkal cara baru Umat Islam di Malaysia hari ini ialah meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu koka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.

DALIL DAN HUKUM

Banyak  terdapat hadis RasulullahSAW yang telah memberi amaran dan melarang Umat Islam berpegang dengan amalan ini dalam rawatan dan perubatan samada tangkal dan azimat yang digantung pada kanak-kanak yang dijadikan sebagai pendinding atau menghindari daripada jin dan sebagainya, begitu juga dengan jampi serapah sebagaimana sabda RasulullahSAW :

 

ان  الـرقــي والــتمـائـم  والـتـولــة  شــرك

Sesungguhnya jampi,azimat dan pengasih adalah syirik “

(riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi & Hakim)

Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning ditangannya. Lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Lelaki itu menjawab: “Penangkal Wahinah” (Sejenis penyakit lengan). Baginda lantas bersabda: “Tanggalkanlah! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya”. 

(riwayat Imam Ahmad dengan sanad hasan –  Musnad Imam Ahmad 4\4451)

 Ulama bersepakat mengharuskan jampi apabila melengkapi tiga syarat berikut :

1. Hendaklah dengan menyebutkan kalamullah atau nama atau sifat-sifatNYA.

2. Hendaklah menggunakan bahasa Arab dan difahami.

3. Hendaklah berpegang dan percaya bahawa kesan jampi adalah kuasa dan taqdir Allah SWT bukanlah disebabkan zat jampi tersebut.

Contohnya doa-doa yang ma’thur , antaranya :

1. Ketika Othman bin Abi Ash r.a. mengadu sakit badan kepada Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda yang bermaksud : ” Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan berdoa :  ” بسم اللّه “ tiga kali dan berdoa :

أعــوذ  بــعـزة  اللّه وقـدرتـه مـن شـر مـا أجـد وأحــاذر

(Sohih Muslim 14\189, Abu Daud 3891 dan Tarmizi)

2. Ketika Jibril A.S. menemui Rasulullah SAW,dia bertanya kepada baginda SAW :  ” Wahai Muhammad..adakah engkau mengadu sakit ?”. Baginda menjawab : “Ya”. Jibril A.S. pun berdoa :  

بـاسـم اللّه أرقـيـك مـن كـل د اء  يـؤذيك   مـن شـر كـل نفـس أو عـين حـاسـد  اللّه يشـفـيـك  باسـم اللّه أرقـيك 

(Sohih Muslim 14\170 & Ibnu Majah 3523)

AZIMAT DI KALANGAN PARA SAHABAT DAN TABI’EN R.A

Pengamalan azimat ini pernah berlaku di kalangan para sahabat semasa peristiwa Bai’ah sepuluh orang sahabat.  Rasulullah SAW hanya menerima bai’ah sembilan orang sahaja, atas alasan baki seorang sahabat itu memakai azimat.  Selepas azimat itu ditanggalkan, Rasulullah SAW pun membai’ahkan sahabat berkenaan dan bersabda :

            ”  مـن  عـلــق تميمـة فـقـد  أشــرك “

Sesiapa yang menggantung azimat maka dia telah syirik.”

Iaitu menggantung azimat dan hatinya pula bergantung pada azimat tersebut.                               (riwayat Ahmad, Al Hakim & Abu Yu’la)

Di kalangan para sahabat dan tabi’en mengingkari penggunaan azimat sehinggakan apabila Huzaifah melihat  seorang lelaki menggantung benang sebagai azimat, beliau membacakan firman Allah SWT yang bermaksud ;

” Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah SWT, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah SWT (dengan sembahan-sembahan lain) ”                                      (Yusuf 106).

Said bin Jabir r.a  pernah berkata:“Sesiapa yang menanggalkan azimat daripada leher manusia, seolah-olah dia telah berlaku adil terhadap seorang hamba”   iaitu seolah-olah dia telah memerdekakan seorang hamba.

Ibrahim Al Nakhaie r.a (tabi’en) berkata: ” Mereka benci kepada azimat secara keseluruhannya, samada azimat daripada ayat Quran dan selainnya.”  Iaitu apabila menggantung ayat  daripada Al Quran dan seumpamanya  ada yang memberi keringanan dan melarangnya, tetapi pandangan yang rajih  mengatakan bahawa semua jenis azimat adalah tidak harus digunakan.

ULASAN DARIPADA DR.YUSOF AL QARDHOWI

Semua jenis azimat tidak harus digunakan berdasarkan :

 PERTAMA – Hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah larangan secara umum, tidak membezakan jenis-jenis azimat.  Ini jelas apabila Nabi SAW mengingkari seorang lelaki yang memakai azimat, baginda tidak bertanya kepadanya adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan, tetapi Nabi SAW mengingkari atas sebab itu adalah azimat.

 KEDUA      – Saddu lil zaria’h سـد للذريـعـة . Orang yang menggantung azimat daripada ayat Al Quran menggantung selainnya  dan orang yang melihatnya pula tidak tahu adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan.

KETIGA       – Perkara ini menjadikan Al Quran sebagai pameran untuk perkhidmatan dan murahan. Orang yang memakai azimat tersebut pasti akan masuk ke tempat-tempat yang najis, memakainya ketika membuang air besar,  berhadas besar atau haid.

Oleh yang demikian, sohihlah bahawa semua jenis azimat adalah dilarang menggunakanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

” Sesiapa yang menggantung azimat, Allah SWT tidak akan menyempurnakan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu) dan sesiapa yang menggantung kulit kerang (dijadikan azimat), Allah SWT tidak akan meninggalkan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu).” 

(riwayat Ahmad,Abu Yu’la dan Al Hakim).

CONTOH WAFAQ

       

      

KESIMPULAN

Jelaslah bahawa azimat atau tangkal dilarang menggunakannya dan boleh membawa kepada kesyirikan. Jampi pula diharuskan apabila melengkapi ketiga-tiga syarat yang telah disebutkan.  Sabda RasulullahSAW yang bermaksud :

” Berubatlah kamu, sesungguhnya AllahSWT tidak akan mendatangkan penyakit melainkan akan mendatangkan ubatnya “. 

( Riwayat Ahmad,Ashabu As Sunan,Ibn Hibban,Al Hakim).

Wallahua’lam.

Rujukan ;

1. Fatawa Mua’sorah – Dr.Yusof Al Qardhowi.

2. Fatawa Wa Ahkam lil Marahti Al muslimah – Al Fadhilah Syekh Atiyyah Saqar

3. Wasiah 50 Min Wasoya Al Rasul lil Nisa’ – Majdi Assayyid Ibrahim.

4. Inilah Pegangan Kami -Tn Hj. Ismail bin Hj.Ahmad.

PENGGUNAAN KEMENYAN

Hukum penggunaan kemenyan itu bergantung pada tujuan si pengguna. Sekiranya kemenyan itu dibakar sebagai satu unsur dalam acara perbomohan atau perubatan tradisional bertujuan untuk memanggil, berdamping, meminta izin atau bantuan daripada makhluk ‘ghaib’ maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan aqidah Islamiah. Begitu juga sekiranya ia dibakar dengan maksud menghalau hantu syaitan. Apatah lagi jika perasapan kemenyan itu dilakukan untuk upacara pemujaan sesuatu benda seperti keris, lembing dan sebagainya. Perkara ini jelas haram dan boleh membawa kepada syirik. Pelakunya wajib segera bertaubat.
Sekiranya kemenyan dibakar sekadar untuk mengharumkan ruang sesuatu tempat maka ia adalah harus.

WallahuA’lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s