Siapakah Bomoh

TANDA BOMOH GUNAKAN KHADAM

PAKAIAN –

  • Memakai baju dan seluar hitam dan lilit kain hitam dikepala / memakai tengkolok hitam dan lain-lain.
  • Memakai jubah  putih / kuning kononnya dari keturunan raja. Jubah hijau kononnya sahabat dengan jin Islam.
  • Berbaju melayu, kain pelikat dan songkok / ketayap.
  • Rambut panjang kononnya dari jawa, sumatera dan lain-lain.

CARA MENURUN –

  • Membaca serapah, jampi / mantera dan ayat al-Quran.
  • Pegang keris dan mengasapkan pada kemenyan.
  • Ada yang menggeletar, berguling-guling dan lain-lain ketika dimasuki Jin mereka itu.
  • Suara dan raut wajah bertukar. Ada nampak tua dan muda dan suara terketar-ketar dan sangat perlahan dan susah nak faham.
  • Matanya pejam dan suka tunduk ke bawah.
  • Suara berubah dan mengikut jenis dan dari mana asal Jin itu.
  • Contoh : “Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang kemari / memanggil ku?

TANPA MENURUN

  • Dengan meletakkan air, limau dan sintok dan lain-lain.
  • Menilik terdahulu gunakan limau dan olekkan / membelahnya kemudian letak dalam air.
  • Kadang-kadang gunakan magkuk putih untuk buat ramalan.
  • Ada gunakan jarum yang diletakkan di atas atas dan jarum tersebut akan berpusing dan lain-lain.

MEMBELAH BATIN

  • Membelah batin pesakita tanpa menggunakan sebarang latan pembedahan.
  • Walau guna pisau tetapi tiada darah.
  • Pesakit akan rasa macam dibedah tetapi tidak.
  • Selepas melakukan bedah maka bomoh tersebut akan gunakan sireh / limau nipis bagi sempurnakan bedah ghaibnya.

Seringkali bomoh itu tempat mengadu bagi segala hal berkenaan kesihatan fisik, ketidaktenteraman emosi malah juga, bila datang hajat untuk mendapatkan sesuatu. Betapa pun ilmu perbomohan itu bersifat eksklusif  iaitu ianya dimiliki oleh peribadi-peribadi tertentu yang seringkali diperturunkan ilmu mengubat itu oleh keturunannya.

Antaranya :

  1. Memiliki ilmu dan menerima bantuan daripada makhluk halus atau jin yang dipeliharanya dan melindunginya pula.
  2. Ilmu bomoh boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik mahupun yang jahat seperti membuat orang kerana dendam atau menganiayai.
  3. Berjumpa bomoh itu adalah suatu ikhtiar dan mendapatkan bantuan bomoh walaupun ada kemungkinan berlawanan dan memudharatkan.
  4. Menyediakan pengeras dalam pelbagai bentuk yang diperlukan oleh bomoh (ianya tidak dipanggil upah atau bayaran khidmat).
Juga diketahui bahawa ada terdapat pelbagai cara dan pendekatan perubatan yang digunakan oleh bomoh. Ada bomoh yang menawarkan rawatan mudah seperti menjampikan air, memberikan tangkal, memandikan bunga yang boleh menguatkan semangat  ataupun membuang sial dalam diri seseorang, mengurut, memberikan akar atau herba untuk diminum atau disapu. Ada pula bomoh yang menurun untuk berkomunikasi dengan makhluk di alam ghaib yang dipercayai telah menganggu seseorang. Ada yang melakukan upacara sajian (mengorbankan beberapa ekor binatang seperti ayam) untuk dipersembahkan kepada makhluk yang dikatakan menganggu manusia. Ada juga kita mendengar bomoh yang menurun dekat kubur, bertapa dan melakukan upacara menghalau hantu. Tidak kurang pula ada yang boleh meramalkan sesuatu akan berlaku (meramalkan barang yang hilang). Bukanlah untuk mendakwa semua bomoh itu menipu, tetapi dalam keadaan di mana ilmu bomoh itu diselindungi dengan kepercayaan magis dan luar biasa maka disitulah punca di mana ramai yang mudah termakan dengan dakwaan-dakwaan bahawa boleh melakukan sesuatu yang luarbiasa. Ilmu sihir dan bomoh ialah ilmu atau amalan negatif, dilarang ke atas orang Islam untuk belajar lalu amalkannya. Amalan sihir langsung tidak memberi manfaat bahkan ilmu yang mengamalkan iblis dan syaitan boleh membawa binasa, kerosakan, perpecahan dan paling teruk jejaskan aqidah umat Islam iaitu boleh membawa kepada syirik dan kufur”. Renungilah Firman Allah S.W.T maksudnya :

“Dan janganlah kamun mengikut jejak-jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

JAUHILAH AMALAN INI DAN SEMOGA KITA HIDUP DALAM KEADAAN HARMONI DAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s