Siapakah Tukang Sihir

Takrif : Amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta pertolongan daripadanya.

Asal takrif sebenar : Memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada bukan yang sebenar, maka orang yang terkena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Takrif dalam kamus Muhit : Mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilan yang terbalik sehingga sesuatu itu mempersonakan dan mengkagumkan bagi orang sekeliling yang memandangnya.

Sihir dari segi syariat : Ikatan, jampi dan perkataan yang di ucapkan atau ditulis sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh yang disihir / terhadap hati dan akal tanpa menyentuh secara langsung dengan izin Allah.

JENIS-JENIS SIHIR

  1. Memisahkan suami isteri.
  2. Guna-guna / senyonyong.
  3. Memperdayakan pandangan (silap mata).
  4. Sihir membuatkan jadi gila.
  5. Sihir membuatkan orang tidak bermaya.
  6. Sihir mendengar panggilan (bisikan).
  7. Sihir Membuatkan penyakit.
  8. Sihir Melakukan pendarahan.
  9. Sihir menahan pernikahan.
PEMBAHAGIAN SIHIR
  1. Sihir orang khildan dan kisydan yang menyembah binatang. ( Sihir Orang-Orang Kildan Dan Kisydan Yang Mereka Adalah Penyembah Tujuh Bintang. Mereka meyakini bahwa ketujuh bintang itulah yang mengatur dan mengendalikan alam ini. Menurut mereka, bintang-bintang itu yang membawa kebaikan dan keburukan.
  2. Sihir orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
  3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah (jin).
  4. Khayalan, hinopsis / silap mata.
  5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran-ukuran tertentu.
  6. Menggunakan ubat-ubat khusus iaitu dalam berbagai-bagai bentuk seperti makanan dan minyak.
  7. Meletakkan satu kepercayaan kepada orang lain bahawa tukang sihir mampu mengetahui nama dan masa akan datang tanpa diberitahu. Ini akan menimbulkan rasa takut kepada mereka yang mendengarnya.
  8. Mendekati dengan cara ringan dan halus.

PERALATAN TUKANG SIHIR

  1. PATUNG – Tukang sihir akan gunakan bahan-bahan yang didapati dari tubuh mangsa seperti  rambut, kuku dan lain-lain kemudian diikat pada  patung. Pada masa yang sama jampi mentera dibaca dan boleh menyebabkan mati (dengan izin Allah).
  2. SANTAU – Bahan campuran anatara kaca ditumbuk halus da ia dimasukkan dalam makanan / minuman.
  3. TELUR – Dijampi dan dibalut  dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk kedalam telur dan dibaca mantera.
  4. TANGKAL – Tukang buat akan tulis ayat azimat dengan lidi dengan dakwat merah dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dan pelbagai cara yang lain.
  5. Pemujaan kubur.
  6. Keris, lembing dan limau.
  7. Ancak.
  8. Sanggu.
  9. sangkak.
  10. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Dalam kehidupan berumahtangga tidak selamanya indah. Kadangkala ada pasangan yang teraniaya kerana perasaan hasad dan khianat. Di dalam hati insan durjana merasa cemburu ketika melihat sepasang kekasih antara suami isteri memulai hidup baru. Kedengkian dalam jiwanya membuahkan sihir, sehingga rumahtangga menjadi musnah. Bagi orang-orang sentiasa beribadah dan mengigati Allah akan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai rawatan gangguan sihir tersebut. Di saat menghadapi dugaan ini hendaklah bersabar disamping mengharapkan rahmat dan keredhaan daripada-Nya. FirmanNya dalam surah al-Baqarah : 168 bermaksud :

“Dan janganlah kemu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s