Teknik Penggunaan Minyak Kasturi Di Dalam Rawatan

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangian kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan sesuai dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.

Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

  • Sapu pada ubun-ubun.
  • Belakang telinga kiri dan kanan.
  • Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
  • Dua lubang hidung.
  • Dua lubang telinga.
  • Dua kening berdekatan mata.
  • Sekeliling mulut.
  • Dua puting payu dara.
  • Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  • Lubang pusat.
  • Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sebenarnya tidak semestinya disapukan semuanya tetapi mengikut kesesuaian sebagai contoh paling mudah :

  • Disapukan pada dua kening, dua anak telinga, ubun-ubun kepala, disetiap sendi dan pelipat anggota badan dan leher. 
  • Dihidu wangian itu sedalam-dalamnya dalam satu nafas yang panjang bila-bila masa sahaja.
  • Ketika hendak tidur maka dibuka tudung kasturi dan diletakkan berhampiran dan biarkan aroma itu menyerap dalam rumah.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangian tadi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.

Kasturi ini boleh didapati daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Firdaus dan dalam masa yang sama ia telah diruqyah / dijampi dengan ayat-ayat al-Quran bagi menambahkan lagi khasiat atau kekuatan yang terdapat pada kasturi tadi.

Insya’Allah..

Komen-komen
  1. ebbyfashina berkata:

    Ingatkan sebelum ni jin suka bau- bauan…jin suka bau kemenyan rasanya…n bau kemenyan tak busuk…bunga melur pun sering digunakan dalam perubatan tradisional. Baunya pun wangi semacam….time menaip ni pun terasa cam terhidu bau bunga melur.

    • wahyu2u berkata:

      jin suka pada bauan yang busuk kerana t adalah kesukaan jin… contoh pada lalat suka pada sampah tp akan lari bila diletakkan minyak wangi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s