Tanda-tanda Terkena Sihir

Terdapat di dalam al-Quran, beberapa ayat yang menyentuh permasalahan sihir. Ini membuktikan kewujudan sihir benar-benar berlaku dan ianya telah diamalkan oleh mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa ilmu sihir ramalan termasuk dalam sihir, lantas baginda melarang umatnya dari mempercayai dan mengharamkannya secara muktamad.

Riwayat Bazzar dari Ibnu Mas’ud maksudnya :

“Sesiapa yang mendatangi sihir atau bomoh lalu dia mempercayai kata-kata mereka, maka sesungguhnya dia telah mengkufuri apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w”.

Riwayat Ibnu Hibban dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya :

“Tidak akan masuk syurga para penagih arak, orang yang mempercayai sihir dan orang memutuskan silaturrahim”.

Antara tanda-tanda terkena sihir :

1) Kerap bermimpi bintang berbisa seperti ular.

2) Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi lalu terjaga.

3) Kerap mengigau.

4) Kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal.

5) Kerap sakit pinggang selepas asar tanpa sebab klinikal.

6) Kerap sakit dada selepas asar tanpa sebab klinikal.

7) Sering rasa berdebar-debar.

8) Terdengar satu bisikan menyuruh melakukan perkara buruk.

9) Sering bergaduh suami isteri walau hanya perkara remeh temeh.

10) Tiada keinginan melakukan hubungan kelamin antara suami isteri walhal baru berkahwin.

11) Zakar suami tiba-tiba layu ketika ingin berjimak.

12) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

13) Kerap ditindih ketika tidur.

14) Kerap bermimpi melakukan hubungan seks.

15) Banyak halangan dalam hal jodoh.

16) Kerap mendengar seperti bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Kerap mendengar seperti ada orang menarik perabot diatas rumah.

18) Mudah panas baran.

19) Terlalu sensitif.

20) Nafsu songsang.

21) Badan kelesuan.

22) Darah haid turun lebih 15 hari.

23) Berbulan-bulan tidak datang haid.

24) Mandul.

25) Ketumbuhan ganjil pada badan.

26) Ada kesan lebam-lebam pada badan ketika bangun tidur.

27) Kerap melihat kelibat makhluk halus/lembaga dirumah.

28) Gigi berlaga ketika tidur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s