Ayat-ayat Pendinding Dari Disihir

Ta’rif : Amalan perbuatan yang dilakukan ini dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta pertolongan daripadanya.

Asal ta’rif sebenar : Memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada bukan yang sebenar, maka orang yang terkena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Ta’rif dalam kamus Muhit : Mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilan yang terbalik sehingga sesuatu itu mempersonakan dan mengkagumkan bagi orang sekeliling yang memandangnya.

Sihir dari segi syariat : Ikatan, jampi dan perkataan yang di ucapkan atau ditulis sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh yang disihir / terhadap hati dan akal tanpa menyentuh secara langsung dengan izin Allah. Jenis-kenis sihir ini juga boleh dikenali sebagai :

  • Memisahkan suami isteri
  • Guna-guna / senyonyong
  • Memperdayakan pandangan (silap mata)
  • Sihir membuatkan jadi gila
  • Sihir membuatkan orang tidak bermaya.
  • Sihir mendengar panggilan (bisikan)
  • Sihir Membuatkan penyakit
  • Sihir Melakukan pendarahan
  • Sihir menahan pernikahan
Pembahagian sihir pula boleh dikategorikan seperti :
  • Sihir orang khildan dan kisydan yang menyembah binatang. ( Sihir Orang-Orang Kildan Dan Kisydan Yang Mereka Adalah Penyembah Tujuh Bintang. Mereka meyakini bahwa ketujuh bintang itulah yang mengatur dan mengendalikan alam ini. Menurut mereka, bintang-bintang itu yang membawa kebaikan dan keburukan.
  • Sihir orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
  • Meminta bantuan dengan roh-roh rendah (jin).
  • Khayalan, hinopsis / silap mata.
  • Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat
  • Menggunakan ubat-ubat khusus iaitu dalam berbagai-bagai bentuk seperti makanan dan minyak.
  • Meletakkan satu kepercayaan kepada orang lain bahawa tukang sihir mampu mengetahui nama dan masa akan datang tanpa diberitahu. Ini akan menimbulkan rasa takut kepada mereka yang mendengarnya.
  • Mendekati dengan cara ringan dan halus.

Peringkat Rawatan :

  • Suasana rumah PESAKIT bersih.
  • Keluarkan azimat/tangkal dan membakarnya.
  • Pastikan tidak terdapat lagu2 yang dilarang syariat.
  • Menutup aurat / lelaki yang menghisap rokok.
  • Ingatkan pesakit bahawa ia adalah ujian Allah.
  • Suci dari hadas besar / kecil (berwudhuk)/haidh
  • Jangan merawat wanita yang menyerupai orang kafir seperti pakai   gincu, pewarna, wangian serta tatu.
  • Ditemani mahramnya.
  • Mengucap dua kalimah syahadah (3x) al-Fatihah.
  • Baca Lahaulawala quwatailla billah hil ‘ali yil ‘azim dan berserahlah diri dan meminta bantuan dari Allah.

kemudian letakkan tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya dengan teliti dan suara yang kuat. Kemudian bacalah ayat-ayat berikut :

  1. Surah al-Fatihah (1-7)
  2. Surah al-Baqarah (1-5)
  3. Surah al-Baqarah (102)
  4. Surah al-Baqarah (163-164)
  5. Surah al-Baqarah (255)
  6. Surah al-Baqarah (285-286)
  7. Surah ali-Imran (18-19)
  8. Surah al-A’raf (54-56)
  9. Surah al-A’raf (117-122)
  10. Surah Yunus (81-82)
  11. Surah Taha (69)
  12. Surah al-Mu’minun (115-118)
  13. Surah as-Saffat (1-10)
  14. Surah al-Ahqaf (29-32)
  15. Surah ar-Rahman (33-36)
  16. Surah al-Hasyr (21-24)
  17. Surah al-Jin (1-9)
  18. Surah al-Ikhlas
  19. Surah al-Falaq
  20. Surah an-Nas

*Bacalah dengan ikhlas dan dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan dari luaran dan pastikan pesakit itu membuang semua azimat dan tangkal yang berada di tubuhnya terlebih dahulu.

Tinggalkan komen