Ayat-ayat Pendinding Dari Saka

Saka adalah jin yang berada didalam tubuh manusia yang diwarisi turun temurun yang telah sebati di dalam badan manusia tersebut. Ia berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak. Jin tersebut diwarisi apabila nenek moyang mereka telah meninggal dunia. Saka terdiri daripada jin-jin seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan sebagainya. Sasaran saka terdiri daripada keturunan pembawakan saka dan orang-orang yang dipilih oleh jin itu sendiri.  Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk JIN pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal. Juga boleh terjadi apabila seseorang terkena sihir atau gangguan lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa. Bagi menghindar dari diwarisi oleh saka maka disarankan kita membaca ruqyah :

Peringkat rawatan :

  • Suasana rumah PESAKIT bersih.
  • Keluarkan azimat/tangkal dan membakarnya.
  • Pastikan tidak terdapat lagu2 yang dilarang syariat.
  • Menutup aurat / lelaki yang menghisap rokok.
  • Ingatkan pesakit bahawa ia adalah ujian Allah.
  • Suci dari hadas besar / kecil (berwudhuk)/haidh
  • Jangan merawat wanita yang menyerupai orang kafir seperti pakai   gincu, pewarna, wangian serta tatu.
  • Ditemani mahramnya.
  • Mengucap dua kalimah syahadah (3x) al-Fatihah.
  • Baca Lahaulawala quwatailla billah hil ‘ali yil ‘azim dan berserahlah diri dan meminta bantuan dari Allah.
Kemudian bacalah ruqyah tersebut :
  1. Surah al-Fatihah
  2. Surah al-Baqarah (1-5)
  3. Surah al-Baqarah (102)
  4. Surah al-Baqarah (163-164)
  5. Surah al-Baqarah (255)
  6. Surah al-Baqarah (285-286)
  7. Surah ali-Imran (18-19)
  8. Surah al-A’raf (54-56)
  9. Surah al-A’raf (117-122)
  10. Surah Yunus (81-82)
  11. Surah Taha (69)
  12. Surah al-Mu’minun (115-118)
  13. Surah as-Saffat (1-10)
  14. Surah al-Ahqaf (29-32)
  15. Surah ar-Rahman (33-36)
  16. Surah al-Hasyr (21-24)
  17. Surah al-Jin (1-9)
  18. Surah al-Ikhlas
  19. Surah al-Falaq
  20. Surah an-Nas

Tinggalkan komen